0

Ijliss Bina' Nu'min Sa'ah - Haza Deen bab 2

Posted on Ahad, 17 Februari 2013

Alhamdulillah, semalam berpeluang menghadiri 2 buah majlis ilmu dalam satu malam. Jiwa yang kering kontang ini terubat semula untuk kembali basah menzikiri Sang Pengasih.

Minggu ini, ujiannya terasa berat sekali. Sebagai naqib, gagalnya dalam usrah yang dibawa menjadi indikator kesungguhannya untuk beramal. Yang Maha Mengetahui bijak mengatur perjalanan liqo umum kali ini seolah-olah ianya istimewa hanya untukku.

Akh Husni, dalam slot katheeroh, berkongsi perihal ujian daripada Allah taala. Lumrah manusia sentiasa diuji dengan pelbagai ujian. Allah berfirman dalam Al-Baqarah apakah bentuk ujian yang Allah hadirkan dalam hidup manusia di dunia ini.

Allah nak ajar kita, si hamba yang lemah tiada daya, bagaimana ujian itu akan hadir supaya kita bersedia.

"Face it!" kata orang putih.

Kejian manusia ialah satu ujian.
Susah itu satu ujian.
Kesenangan itu ialah ujian.

Kemudian diikuti slot tilawah Al-Baqarah 2: 6-33 oleh kami bertujuh.

Dalam agenda utama LU minggu ini, berkesinambungan dari liqo lepas, akh Huzaifah diberi tugas untuk membentangkan bab 2 Haza Deen (Inilah Agama) karangan Sayid Qutb.

[Recap]
Bab 1 yang akh Azuan bentangkan, Sayid Qutb meletakkan asas kepada benak pemikiran pembaca tentang hakikat agama Islam itu bukan sesuatu yg magis (ajaib) tetapi berpijak pada realiti & perlunya ummat berusaha untuk menegakkan syiar islam di muka bumi Allah ini.

Bab 2 perbincangannya lebih berat tetapi masih berpandukan pada pasak Islam itu bukan ajaib, Sayid Qutb membincangkan 3 perkara:

A)
Apa istimewanya manhaj (sistem) Islam dengan manhaj manusia (sosialis, kapitalis, komunis, dll)?
Islam bukannya ajaib pun, jadi apa istimewanya dengan Islam ini?
Sayid Qutb menjawab retorik ini dengan 2 isi:
   1) hanya muslim yang mampu menegakkan manhaj Islam (Muslims' privilege)
    2) hanya sistem ini yang mampu membebaskan manusia daripada sistem perhambaan manusia yang dibatasi oleh akal Sang Hamba.

B)
Manhaj ini hadir daripada Allah swt seluruhnya.
Dengan keimanan bahawa Islam ini seluruhnya daripada Allah taala, kita tidak perlu menggubalnya kerana Islam hadir dalam pakej yang lengkap. Usaha menukarnya hanya akan mencacat cela sesuatu yang sudah diimani sempurna.
Buktinya?
Dari sekecil-kecil perkara seperti sebutan ketika kita merasa sedih & gembira sehingga sebesar-besar perkara iaitu pentadbiran negara telah terungkap dalam Quran dan sunnah ar-Rasul.
Sesungguhnya, pakej lengkap ini turut menyertakan 3 jaminan utama kepada pendukungnya iaitu terlindung daripada:
   1) Kelemahan manusia
   2) Kepentingan manusia
   3) Nafsu manusia

Walau bagaimanapun, Sayid Qutb menyedari bahawa realitinya, manhaj ini masih didokong manusia. Benak pemikiran pembaca dibaca dengan halus oleh Sayid Qutb yang menyertakan jawapan kepada persoalan tersebut.
Sesungguhnya, sentiasa wujud kemungkinan bagi sesebuah jamaah itu terpesong dari landasan manhaj ini. Tetapi, selagi kita mempercayai keimanannya untuk Islam, itu sudah cukup sebagai syarat untuk ianya diterima selagi syara' membenarkannya.

C)
Kehancuran pabila manusia tidak mengikut manhaj.

Melihat contoh negara maju seperti Amerika dan Sweeden, mereka seolah-olah seperti lari dari realiti. Mereka tidak berani untuk memikirkan persoalan mati, apatah lagi yang lain.
Tegas Sayid Qutb, peradaban dan kecanggihan teknologi bukannya tanda kebahagiaan sekiranya manusia menjadi lebih takut dengan realiti.
Disebabkan tercetusnya kesedaran iniah, dai'e wajib sebarkan manhaj ini demi manusia.

Dalam slot kisah sahabat, akh Hairy berkongsi riwayat hidup Thufail b Amru r.a. dari kabilah Daus yang mulia. Beliau juga penyair yang 'famous'.
Satu hari, sebelum memeluk Islam, beliau ke Makkah. Tibanya di sana, rasa pelik menghuni kepalanya kerana beliau disambut dengan meriah sekali.
Ujar kafir Quraisy, mereka gembira dengan kehadiran beliau, walaupun Makkah ketika itu dikatakan sedang dilanda bencana iaitu kemunculan ajaran baru yakni Islam.

"Jangan kau dengar kata-kata Muhammad itu. Kata-katanya umpama sihir yang akan mempengaruhi kamu. Ungkapannya mampu memutuskan si ayah dengan si anak, si isteri bercerai dengan suami..." ujar kafir Quraisy.

Sepanjang kunjungannya di Makkah, pelbagai tomahan kepada Muhammad s.a.w. didendangkan kepadanya.
Pada satu hari, beliau ingin menunaikan tawaf di Kaabah. Bimbang tersihir dengan kata-kata Muhammad, beliau sanggup menyumbat telinganya kerana takut.

Tiba-tiba, beliau terlihat dari jauh, Rasulullah sedang bersolat. Terpesona dengan cara baginda bersolat, secara tidak sedar beliau menghampiri baginda sehingga terdengar bacaan Quran rasulullah.

Saat itu, memikirkan dirinya sebagai penyair yang tidak sanggup mengkhianati cintanya pada ilmu, dia mengikuti Rasulullah sehingga baginda pulang hanya untuk bertanya kepada baginda. Beliau menceritakan tentang bagaimana Quraisy mempengaruhinya tetapi beliau merasakan baginda itu benar lantas memeluk Islam. Lalu baginda mengajar Thufail surah Al-Ikhlas dan Al-A'laq.
Setelah itu, dia ingin pulang ke kaumnya untuk menyebarkan Islam memandangkan dia pemimpin yang dihormati kaumnya.
Ketika hendak pulang, mata Thufail tiba-tiba bercahaya. Quraisy mengutuknya bahawa itulah tanda dia ingkar pada berhala. Lalu Thufail berdoa kepada Allah taala supaya dipulihkan lalu cahaya itu berpindah ke tongkatnya.

Setelah pulang, dia berjumpa dengan ayahnya. Thufail hanya berkata" Wahai ayah, sesungguhnya kita sekarang ini sangat jauh sekali. Islam telah memisahkan hubungan kita ayah dengan anak." Lalu, kerana inkuiri, ayahnya teringin memeluk Islam. Ayahnya ialah orang pertama yg masuk islam dan isterinya ke-2 dengan ucapan yang sama juga.

Kemudian Thufail mengajak semua kaumnya tetapi mereka menolak kecuali Abu Hurairah.

Di akhir riwayat hidupnya, ialah kisah Thufail, anaknya Amir dan tafsir mimpinya syahid menentang Musailamah di Yamamah.

Kemudian diikuti kisah Khalifah Umar al-Khattab dengan Amir b Thufail, yang kudung sebelah dalam pertempuran dengan Musailamah dalam sebuah majlis makan.

Khalifah Umar r.a. mengatakan "Demi Allah, kaulah satu-satunya manusia yang tangannya telah berada di Jannah tetapi jasadmu masih di dunia."

Akhirnya Amir syahid dlm perang Yarmuk.

0

Health Promotion-When Doctors need to be Marketers

Posted on Isnin, 11 Februari 2013

"An ounce of prevention worth a pound of cure." Bejamin Franklin

One fact that can't be denied,  prevention is complex.

Healthy People 2020, a document aim to create healthy society and environment set the work to achieve the goals.

Dahlgren & Whitehead in 1991 publish a pictogram listing all the main factor that need to be address.

WHO/UNICEF in 1978 published the Alma Ata Declaration whereby health is one of the most fundamental things in human rights.

Ottawa Charter (1986) identified 5 key action areas by the authority.

The Tannahill Model (1985) can provide framework for developing a strategy or intervention based on the main areas.

Health promotion is analogy to drowned people towards downstream.  The current is too strong but anything need to be done to prevent people on upstream from drowning.

McCrae & Costa, 1987 highlights 'The Big Five' personality comes with acronyms OCEAN.

Health Behaviour.
Unrealistic Optimism, by Weinstein (1987).

Model of Behavioural Change
1. The Trans-theoretical Model

Theory of Planned Behaviour
Human Behaviour is guided by 3 types of beliefs:
1. Behavioural
2. Normative
3. Control

Siegel and Donner 1998; explained the products are targeted to unsegmented population.

The health marketers principles are just the same as in business.

Psychology and marketing are 2 most important contributors to the field of health promotion.

0

19 Januari 2013: Satu Permulaan Baru

Posted on Jumaat, 18 Januari 2013

Rasa dahaga dan teruja untuk menulis telah kembali. Ekoran beberapa peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012 dan awal tahun ini, aku kembali merajinkan diri untuk memberikan pandangan peribadi melalui blog ini. Moga Allah subhanahu wata'ala merahmati usaha kecil ini.


Tahun ini, salah satu peristiwa yang sangat signifikan dan ditunggu-tunggu rakyat Malaysia khususnya, ialah Pilihan Raya Umum ke-13. Sekarang sedang berlangsung 'pusingan akhir' bagi kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang untuk meraih kepercayaan masyarakat. Kesannya boleh dilihat di media perdana mahupun alternatif, perbincangan di kedai-kedai kopi dan tidak dilupakan juga laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan blog. Masing-masing mengangkat isu-isu yang menjadi perhatian masyarakat.


Tirai politik 2013 dibuka dengan permintaan penggunaan nama 'Allah' dalam Bible bahasa Melayu beserta ketegasan pihak Gereja, peristiwa Amanat TG Haji Hadi, kod etika sambutan Tahun Baru Cina oleh kerajaan PR Kedah, dan penubuhan Biro Politik oleh ISMA, rentetan berita-berita sebegini akan terus berkumandang, paling tidak sehingga Parlimen dibubarkan secara rasminya dan proses mengundi selesai. Tarikh automatik Parlimen dibubarkan ialah pada 28 April 2013.


Apa yang pasti, pengundi atas pagar masih menunggu, parti politik manakah yang mampu membawa aspirasi mereka?